Monday 4 May 2009

...dan tintaku mula berbicara

Kumulai bicara sulungku ini dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kupohon ampun daripada-Nya andaikata ada salah dan silapku dalam bicaraku nanti..dan kumohon perlindungan-Nya daripada kesesatan dan menyesatkan orang lain dengan tinta digitalku ini. Untuk hari-hari yang mendatang, selagi ada umurku, aku ingin sesiapa sahaja yang singgah di Blog usangku ini agar mendapat manfa'at darinya khususnya manfa'at bagi hati dan jiwa mereka. Di sini aku berhasrat benar untuk menyampaikan gagasan fikiran, kemuliaan adab, keikhlasan amalan dan ketinggian martabat golongan solihin yang kian dilupakan oleh manusia yang sedang hanyut dibawa arus dunia yang mempersonakan sesiapa sahaja dari kalangan bani insan. Dalam pada itu, aku juga amat ingin untuk menggunakan sarana global ini untuk menyampaikan dan menerima teguran yang konstruktif agar aku dan ummat ini mendapat kebaikan daripada usahaku yang amat sedikit ini. Maksudku tidak lain hanyalah untuk menghidangkan hati dan jiwa para tetamuku yang sudi singgah di Blog usang yang kunamakan 'Raudhatul Mustofa' ini dengan santapan ilmu dan nasihat agama serta pesanan iman.

Blog ini kunamakan demikian kerana perasaan rinduku yang tidak pernah kunjung padam pada Junjungan Mulia Sayyidina wa Maulana Muhammad al-Mustofa, juga kerana hasratku yang telah lama terpendam untuk hidup bersama Baginda s.a.a.w. di negeri akhirat nanti. Justeru itu, kuharap rinduku nanti akan terlerai jua bila Tuhanku mentakdirkan untukku akan pertemuan dengannya...dan semoga di setiap kali tangan kutadah ketika munajatku, akan menitislah titisan kasihnya untukku agar hatiku tidak kering dan jiwaku tidak kontang dari siraman cintamu padaku wahai Rasulallah s.a.a.w. , kekasih dan ikutanku yang mulia di dunia dan akhirat...




2 comments:

  1. Assalammualaikum Warahmatullah..
    Ke hadapan Tuan Guru ku yang dikasihi,ALHAMDULILLAH, lama mencari ana berjumpa juga dgn blog Ustaz..

    SUBHANALLAH..muga-muga ALLAH SWT memberi kelapangan kepada Ustaz dalam usaha mencelikkan hati2 ummah yg jauh tersasar daripada Akidah Ahlul Haq..

    ALLAHU ALLAH..mohon doanya ya Ustaz.

    Al-Haqir ila ALLAH Al-GHANIYY;
    Ikhram Husin
    17 Jamadil awal 1430H
    Melaka
    http://almukminun.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Wa 'alaikumussalam wa rahmatulllahi wa barakatuh. "Husnul murad yanaluhu al-murid bi khair al-niyyat, wa bab al-khairat yuftahu lahu bi itba' khair al-'ibad, fa man ibtagha wajada, wa man salaka washala, fabtaghu ridha Rabbil 'ibad fa nilta afdhalu al-khairat wa washalta ila agsha al-murad" maksudnya : Kehendak yang terbaik itu dapat dicapai oleh murid dengan niat-niat yang terbaik, dan pintu kebaikan itu dibuka baginya dengan sebab meneladani Baginda Rasulullah s.a.a.w. (sebaik-baik hamba Allah), maka barangsiapa yang gigih mencarinya nescaya dia akan memperolehinya dan barangsiapa yang berjalan menujunya pasti akan sampai kepadanya, justeru itu, carilah redha Tuhan sekalian hamba nescaya kamu memperolehi kebaikan yang paling utama dan sampailah kamu kepada kehendak yang paling tinggi.

    Teruskan pembelaanmu terhadap Islam dan muslimin dengan meneladani Baginda Rasulullah s.a.a.w. dan para salihin yang hanya berhajat kepada Tuhannya. Semoga usahamu walaupun sedikit akan menyebabkanmu dikasihi Allah SWT, Rasulullah s.a.a.w. dan orang-orang yang soleh di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete