Thursday 2 September 2010

Raudhah al-Mustofa terkini!

Ribat Raudhah al-mustofa telah 7 bulan menerima muridnya. Bermula dengan 4 orang dan kini sudah bertambah menjadi 7 orang. Ia bermula dengan dha'if tetapi bergaya kerana niat yang ikhlas untuk menyeru manusia kepada Allah SWT melalui pendekatan pendidikan hati dan jiwa sehingga ia kenal akan Tuhannya. Ribatnya masih lagi dalam pembinaan yang berjalan amat perlahan kerana kekurangan sumber. Kami hanya menunggu Allah SWT mengetuk hati dan menggerakkan nurani para mukminin yang ikhlas untuk membantu kami dalam menyempurnakan usaha mulia ini. Namun, meminta-minta bukanlah resmi kami...bukan kerana angkuh tetapi kerana malu kepada Allah SWT.. seolah-olah Dia tidak tahu kami sangat berhajat kepada bantuan. Justeru itu, kami berserah sahaja kepada-Nya setelah berusaha sekadar kemampuan yang ada sambil kami semakin membulatkan tekad untuk terus berjuang di atas landasan para solihin ini khususnya landasan leluhur kami sadah Bani Alawi, juga terus teguh mengikhlaskan niat dan sangka baik terhadap Allah SWT dan hamba-hamba-Nya yang soleh. Kalau beginilah permulaan dakwah para anbiya dan mursalin dahulu, maka kami menerima ketentuan Allah SWT dengan tabah dan teguh hati dalam menyempurnakan keta'atan kepada-Nya. Mungkin keikhlasan dan kesungguhan kami dalam berhajat kepada Allah SWT belum sempurna, kerana itu pertolongan-Nya belum tiba...Ya Allah! Sempurnakanlah segala kekurangan kami zahir dan bathin, kurniakanlah kepada taufig agar kami sentiasa melakukan sesuatu menurut kehendak-Mu.