Monday, 9 November 2009

Ribat Raudhah al-Mustofa



Aku telah lama tidak berkunjung ke blogku yang dhaif ini..bukan kerana terlalu sibuk tetapi hati belum tergerak untuk bertandang dan memberikan sesuatu untuk tatapan pengunjung yang mulia. Namun kali ini, aku kembali dengan sesuatu yang sangat penting untuk dikongsikan dengan setiap muslim mukmin yang mencari redha Allah Ta'ala dan Rasulullah s.a.a.w. Perkara yang aku maksudkan ialah RIBAT RAUDHAH AL-MUSTOFA yang sedang dalam pembinaan di sebuah tanah wagaf oleh sebuah keluarga pencinta ilmu, ulamak dan kebaikan. Kami namakan tempat itu dengan RAIDHAH AL-SUGHRA sempena nama Raidhah di Tarim, Hadhramaut, kampung asal datukku yang berhijrah ke nusantara ini iaitu Al-Habib Aydarus Maula Kubu bin Abdurrahman bin Ali bin Hasan Shohib al-Raidhah bin Alawi bin Abdullah bin Ahmad bin Husain bin Abdullah Alaydarus Al-Akbar. Kami juga hanya ingin mengambil barokah 'al-anfas al-qudsiyyah' dari para permata Tarim. Mudah-mudahan mengalirlah kebaikan dan kebajikan mereka kepada kita melalui amalan mereka yang kita ikuti pada setiap waktu yang mana salah satunya ialah pusat ilmu dan pendidikan akhlag.


Pusat pendidikan ini menggunapakai sistem pengajian di rubat-rubat di Hadhramaut berpaksikan kepada prinsip - Tazkiyyah al-Nufus dan al-Ta'lim. Matlamat kami adalah untuk melahirkan insan yang memiliki sifat dan akhlag seorang hamba Allah Ta'ala yang sejati. Meskipun kami serba kekurangan khususnya daripada segi ilmu dan ulamak, namun apa yang kami usahakan ini adalah kegigihan kami untuk membuktikan kehambaan kami kepada Allah Ta'ala dan kesungguhan kami dalam meneladani Baginda Rasulullah s.a.a.w. zahir dan bathin. Para pelajar akan diasuh di pusat ini selama 5 tahun di mana 3 tahun untuk pengajian umum dan 2 tahun berikutnya untuk pengajian khusus. Kehidupan harian mereka dipenuhi dengan amalan orang-orang soleh menurut kadar kemampuan masing-masing tetapi mereka dikehendaki mematuhi tertib-tertib asas yang telah ditentukan. Kegiatan siang mereka bermula seawal jam 4 pagi dan berakhir pada jam 10 malam. Mereka hanya bercuti sekali setahun selama 3 minggu iaitu bermula pada 15 Ramadhan hingga 7 Syawal. Insya Allah Ta'ala, rubat ini akan mula beroperasi pada bulan Muharram 1431H. Kami juga mengalu-alukan bantuan kalian dalam menyiapkan pembinaan rubat ini. Semoga sumbangan kalian diterima oleh Allah SWT sebagai amal soleh.


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pihak kami :

al-Khadim al-fagir,
Munir bin Kamaluddin Alaydarus Ba'alawi
HP : 013-8406768

Ribat Raudhah al-Mustofa bi Raidhah al-Sughra li al-Dirasat al-Islamiyyah,
Kuching . Sarawak . Malaysia Timur










2 comments:

  1. Assalammualaikum Tuan Guruku yang dikasihi..muga ALLAH SWT rahmati segala langkah perjuangan Ustaz..mohon doakan ana Ustaz ya.

    ikhram Husin

    http://almukminun.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, sila google tajuk-tajuk seperti di bawah ini:-

    (a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
    (b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    (c) Jom Kenali Dr Maza & Co
    (d) Ahlul Bait Yang Dicerca
    (e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    (f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
    (g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

    ReplyDelete